Sunday, January 4, 2009

Selamat Datang 2009

Lecehlaa ada tahun baru

Tapi seronok juga 
Alasan untuk berpesta
Macam hari jadi anak
Emak nak tunjuk perabut baru
Nasib nasib baik ada tamu nak tengok kasut Prada

Seronok juga tahun baru
Kalau ada duit
Boleh buka moet chandon
Kalau lagi banyak duit 
Boleh buka lagi dom perignon
Kalau lagi ada banyak duit
Boleh lagi buka krug

Kalau tak ada duit tapai masam pun bolehlaaaaa
Kalau ciput sangat cari kedai toddy

Tahun hanya patokan
Tak perlu ada janji tahun baru
Buat leceh
Buatlah apa sahaja
Buat yang menggembirakan
Buatlah yang menyenangkan
Buatlah yang baik
Buatlah apa sahaja

Nak baca buku baca
Nak merokok hisap
Nak berjalan kayuh basikal
Nak awek carilah
Nak balak carilah

Nak kahwin
Nak buat apa?

Selamat sampai 2009

1 comment:

Anonymous said...

mende ko mngarut ni ki?
papahal pun.
hapy new year..
forget the past.
learn until the last.
and fix our life.
kabooMM