Friday, July 17, 2009

Senarai hitam ke?


Gua tak peduli.

Gua nak hebah juga.

Ni...'Shopping List' gua untuk raya tahun ni.




Bakal membuatkan perjalanan lancar sepanjang musim perayaan.



Memberikan cengkaman menyeluruh dan fungsi keselamatan yang optimum.


Menambah seri & kekacakan si empunya badan.





Dan 'last but not least'...


Ahah...tentulah untuk mendengar lagu-lagu hits hari raya sambil menjamu lontong dan kuah lodeh serta di 'extra topping' kan dek sambal kacang.





Ish...berangan lagi. Gua perlukan tidur yang berkualiti agar dapat menghasilkan sesuatu yang juga berkualiti dan dilimpahi rezeki yang berkualiti. Agar gua kelihatan cool sentiasa. Kualiti beb..mesti mau lah!

Haha...


ZZZzzzzzzzZZzzZZzzzzzz........


Saturday, July 11, 2009

Just for me!


Gua tak tau ape pasal gua agak teruja dengar muzik ni.

Lu orang nilai la sendiri.







Dan,

Gua dedikasi kan khas buat 'seseorang'.







p/s: "Hah, skang baru tenang nak tido"




Maaf.


Sebab lama dah gua tak meng'update' menatang blog nie.

Pape pun gua masih sihat, waras, dan berfikiran positif.

Oh ya! Gua semakin tenang dan happy dengan diri gua skang.

Dan, ini juga dikira update bukan?




p/s: "Pe jadah nya hang doq ngarut ni Ki?"





Friday, July 3, 2009

Petang yang sial...



Macam biasa pukul 6.30pm gua start enjin kapchai gua untuk mencari rezeki halal.

Agak2 lagi 1/800 marhalah lagi (memang dah dekat sangat la tu) nak sampai office, BANG!!!!

Gua bangun, angkat kapchai gua yang tersadai atas jalan.

"Brader, lu nak 'besit' pun tengok2 la kiri kanan"

Gua baru nak hayun helmet gua kat mamat tu....ada orang tahan tangan gua.

Gua toleh, hmmm...member office gua.

Gua tempik lagi kaum yang buat gua 'tergedebak' tadi.

"Baik lu gerak sebelum lu tak sempat sampai umah!!!!"

Budak tu sempat mintak maaf kat gua dan terus blah.





Sampai je office. Gua cuba jalan macam orang sihat sambil tahan sakit. P&#$T%$#K!!!!

Tapi tak berjaya. Kepala gua tengah biol mase tu kesan terhentak kat divider jalan.

Nasib baik gua pakai helmet.


Boss: Hah, you kenapa?

Gua: Takda pape lah. Ok je..

MemberOfficeGua: Takda pape pebende? Dia 'bedentum' tadi mase on the way.

Boss: Teruk ke? U balik je la. Amik MC. Rest...

Gua: Tak payah la. Sikit punya hal. Huh...



Gua rasa gua tak perlukan cuti. Tapi sampai sekarang kepala gua masih berdenyut je.



Dan,..



Gua juga sedar, sekarang gua makin kurang fokus.

Serabai kepala otak gua.




p/s: ini ringkasan kisah benar. gua takde mood nak tekan keyboard lame2. mood tak seimbang!






p/s lagi: tak guna nya member. bagi la gua 'one shot' dulu kaum tu.