Friday, July 17, 2009

Senarai hitam ke?


Gua tak peduli.

Gua nak hebah juga.

Ni...'Shopping List' gua untuk raya tahun ni.




Bakal membuatkan perjalanan lancar sepanjang musim perayaan.



Memberikan cengkaman menyeluruh dan fungsi keselamatan yang optimum.


Menambah seri & kekacakan si empunya badan.





Dan 'last but not least'...


Ahah...tentulah untuk mendengar lagu-lagu hits hari raya sambil menjamu lontong dan kuah lodeh serta di 'extra topping' kan dek sambal kacang.





Ish...berangan lagi. Gua perlukan tidur yang berkualiti agar dapat menghasilkan sesuatu yang juga berkualiti dan dilimpahi rezeki yang berkualiti. Agar gua kelihatan cool sentiasa. Kualiti beb..mesti mau lah!

Haha...


ZZZzzzzzzzZZzzZZzzzzzz........


Saturday, July 11, 2009

Just for me!


Gua tak tau ape pasal gua agak teruja dengar muzik ni.

Lu orang nilai la sendiri.







Dan,

Gua dedikasi kan khas buat 'seseorang'.







p/s: "Hah, skang baru tenang nak tido"




Maaf.


Sebab lama dah gua tak meng'update' menatang blog nie.

Pape pun gua masih sihat, waras, dan berfikiran positif.

Oh ya! Gua semakin tenang dan happy dengan diri gua skang.

Dan, ini juga dikira update bukan?




p/s: "Pe jadah nya hang doq ngarut ni Ki?"





Friday, July 3, 2009

Petang yang sial...



Macam biasa pukul 6.30pm gua start enjin kapchai gua untuk mencari rezeki halal.

Agak2 lagi 1/800 marhalah lagi (memang dah dekat sangat la tu) nak sampai office, BANG!!!!

Gua bangun, angkat kapchai gua yang tersadai atas jalan.

"Brader, lu nak 'besit' pun tengok2 la kiri kanan"

Gua baru nak hayun helmet gua kat mamat tu....ada orang tahan tangan gua.

Gua toleh, hmmm...member office gua.

Gua tempik lagi kaum yang buat gua 'tergedebak' tadi.

"Baik lu gerak sebelum lu tak sempat sampai umah!!!!"

Budak tu sempat mintak maaf kat gua dan terus blah.





Sampai je office. Gua cuba jalan macam orang sihat sambil tahan sakit. P&#$T%$#K!!!!

Tapi tak berjaya. Kepala gua tengah biol mase tu kesan terhentak kat divider jalan.

Nasib baik gua pakai helmet.


Boss: Hah, you kenapa?

Gua: Takda pape lah. Ok je..

MemberOfficeGua: Takda pape pebende? Dia 'bedentum' tadi mase on the way.

Boss: Teruk ke? U balik je la. Amik MC. Rest...

Gua: Tak payah la. Sikit punya hal. Huh...



Gua rasa gua tak perlukan cuti. Tapi sampai sekarang kepala gua masih berdenyut je.



Dan,..



Gua juga sedar, sekarang gua makin kurang fokus.

Serabai kepala otak gua.




p/s: ini ringkasan kisah benar. gua takde mood nak tekan keyboard lame2. mood tak seimbang!






p/s lagi: tak guna nya member. bagi la gua 'one shot' dulu kaum tu.






Saturday, June 27, 2009

Then, its fine...gua redha dengan ketentuan Allah.




Macam biasa, masuk office gua lah manusia paling ceria.

Tapi tidak hari ini,....



Gua: Eh Fa, mane 'dia'. Bukan kerja ke arini?


SiPerempuan: Dia amik emergency leave arini.


Gua: Aik!!! Tibe2 je. Nak tunang ke ape? (dalam nada seloroh sambil gelak sikit2)


SiPerempuan: Erm. Nah kau bace lah. (dia bagi henpon kat gua)


*****


SentItem: Macam mane majlis?


Inbox: Alhamdulillah. Semua dah selesai.


SentItem: Erm...macam mane dengan Zaki? Ko dah bagitau die?


Inbox: Erm...tu yang aku tak tau skang nie.


SentItem: Takpe lah. Nanti ko pandai2 la bagitau die.


Inbox: Thanx la Fa. Nanti bile dah ok, aku bagitau la.


SentItem: Ok. Erm..tak sabar nak tengok cincin 'tanda' ko. Haha...


Inbox: Alah, biase2 je lah..Ok la Fa, aku ade benda lagi nak uruskan. Jumpe kat office nanti eh.


SentItem: Ok2. Ko take care tau. Pape hal text aku.


Inbox: Ok2...nanti aku text ko. Bye....




***********************************


zaaaAAAAAAAAAaaaaasssszzzzzzzzzz!

Hambik ko Ki!!!

Banyak sangat gelak.

Sekali betul2. Bukan cobaan.


***********************************

Dan,

Malam itu...

Gua buat benda semua tak kena.

Gua hadap PC kat meja kerja gua. TAP!!! ...gambar dia.

"Sesungguh nya ajal & maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan"

Gua akur..

Semoga dirimu disinari kebahagian disamping 'insan' tersayang.

Doa yang ikhlas dari orang yang terlalu sayang (pergh gua janggal gile nak tulis word ni) pada mu.



*********************************


Dan,...

Selama ini juga, Tuhan banyak menduga gua.

Insan yang selama ini paling kenal dengan gua,

Masak dengan perangai gua,

Tahu isi hati gua,

Paling ambil berat tentang gua,

Rupa2 nya,

Diciptakan untuk insan lain.


************************************

Bagaimana gua nak hadap hari2 gua kerja kompem2 nye kena ngadap dia?

Dan paling best tengok jari 'hensem' nye yang sedang elok je disarung dengan cincin 'pemisah' gua dengan dia.


************************************


p/s: Hari ni gua luah kan isi hati 'jantan' gua. Damn!!!






Friday, June 26, 2009

Slow





SiBingaiCubaNakBerlagak: Bai, lu dah tengok Transformers? Mantap la siol...bla bla bla....


Gua: Fak-yu!!!!!!


*****


Asal time cuti je ade hal, bile nye gua nak gi tengok.




Monday, June 22, 2009

Tunggu.



Gua: Gua dah letih la bai nak menunggu. Macam takde pape je. Gua tak nak ter'sepok' sorang2...


SiBingaiBerfikiranWaras: Bukankah dalam hidup ni kita sentiasa menunggu?


Gua: Betol gak. Tunggu gaji masuk. Tunggu waktu makan. Tunggu mati.


SiBingaiBerfikiranWaras: Bijak. Lu buat keputusan lah nak tunggu lagi or nak let it off!


Gua: Gua akan teruskan. Gua takkan menyesal & gua tak penah menyesal dengan keputusan gua.


SiBingaiBerfikiranWaras: Even jadi benda buruk pn?


Gua: Kalau gua nak menyesal tak guna gua buat keputusan tu dari awal.


SiBingaiBerfikiranWaras: Gua impress dengan lu!!!


Gua: Agak2 kalau penantian gua tak berhasil lu kasi tak gua amik 'bini' lu sebagai 'bini' angkat gua? Maksud gua setelah lu di'talkin'kan lah. Itu juga menunggu bukan?



***


Dan hasil nya,....gua hanya diacungkan jari tengah oleh SiBingaiBerfikiranWaras.



Gua akur.


Huh!





Sunday, June 21, 2009

Hoi!!!



Selamat Hari Ahad!!!



Kepada daddy gua:


"Bah, sorry tak dapat temankan pegi dinner malam nie, anakanda mu ini diarahkan untuk satu tugasan yang sangat lah berat"






Selamat Hari Bapak!!!

At least...


Gua bukan anak derhaka.



Tuesday, June 16, 2009

Tipah Aku Gigit [T.A.G]



1. How old are you?
-biarlah rahsia

2. Are you single.
- yeah! gua hepi buat masa ni

3. At what age do you thing you'll get married?
- Esok!

4. Do you think you'll get marrying the person you are with now?
- ramai seyh...mane 1 nie?

5. If not, who do you want to marry?
- Megan Fox. Ok tak?

6. Who will be your bridesmaid or your best man?
- Mak bapak gua. Amacam?

7. Do you want garden/beach or traditional wedding?
- dekat White House...

8. Where do you want to go for honeymoon?
- Jalan TAR..same tak macam gi Bandung?

9. How may guess do you think you'll invite?
-selagi jalan2 kat KL nie tak jem...

10. Will that include your exes?
-yes please!!! sume kali eh...

11. How many layers of cake?
-kek lapis sarawak ade bape lapis ek..?

12. Name the song/tune you would like to play during you wedding.
- klau bley gua nak dengar orang khatam quran mase tu..

13. When do you want to get married? Morning or evening?
- sebelum sahur hari terakhir puase ramadhan.

14. Do you prefer fine dining or just normal fork/spoon/knife?
- pakai tangan sudah..

15. Champagne or wine?
- sirap air paip..macam tak biase plak..

16. Honeymoon right after wedding or a day after?
- 2-3 tahun lepas tu..

17. Money or household?
- duit..kang pandai la aku nak beli ape dengan duit tu..

18. How many kids you would like to have?
- 2 team futsal + 1 team rugby + 1 team bola jaring + 1 team galah panjang = ???

19. Will you record you honeymoon in DVD or CD?
- live kat Astro Ceria.

20. I want to know their wedding plans:
-dah2..tak perlu gua nak tau..lantak lu orang lah..






Saturday, June 13, 2009

Sesekali ber 'YM'




Gua: Amacam result? Kandas?


SiBoroi: Gua kantat lah siol....


Gua: Duh..kena extend ke? Sorry la mok...


SiBoroi: Takpe la Ki. Dah takde rezeki.


Gua: Bukan sebab tu..gua percaya rezeki lu sentiasa ada. Cuma gua tak sangka plak doa gua 'termakbul' kali ni.


SiBoroi: Brengset lu!!!!!