Tuesday, November 17, 2009

Ilustrasi sekeping pujangga

Biarkan waktu teruslah berputar,
Mencintai kamu penuh rasa sabar,
Meski sakit hati ini kau tinggalkan,
Ku ikhlas tuk bertahan..

Cintakaku padamu begitu besar,
Namun kau tak pernah bisa merasakan,
Meski sakit hati ini kau tinggalkan,
Ku ikhlas tuk bertahan..

Kau meninggalkan ku tanpa perasaan,
Hingga ku jatuhkan air mata,
Kekecewaanku sungguh tak berarah,
Biarkan ku harus bertahan..

Jangan pernah kau coba untuk berubah,
Tak relakan yang indah hilang lah sudah,
Jangan pernah kau coba untuk berubah,
Tak relakan yang indah hilang lah sudah,



Mood : Berkecamuk...biasalah, manusia..*sigh*



Tuesday, September 22, 2009

Dah raya ke-3.

Pasal apa satu sen duit raya pun gua belom dapat?

Apa salah gua?

Tak mengapa.

Masih ada 27 hari lagi untuk beraya.

Gua tunggu.




Sunday, September 20, 2009

Lebaran

Acap kali takbir berkumandang,
Titik-titik jernih mula berjurai,
Mengenangkan hari berlalu,
Menjangkakan hari mendatang,

Acap kali takbir berkumandang,
Kiriman nota dari yang tersayang,
Maresap jauh meratap hiba,
Kiriman dosa alkisah yang lampau,

Tika takbir makin bergema,
Titik jerih yang tadi makin laju,
Meresap jauh...semakin jauh,
Lalu, aku mula sedar.

Ayah, ibu, kalian semua,
Hamba dilahirkan di atas satu kalimah.
Memberi impak sepanjang hayat,
Itulah dia HIDUP.

-----------------------------------------------

Puisi kat atas tu,
Gua taip sebab gua tak tau ape benda nak taip,
Gua pakai tekan je keyboard nie..


Akhir sekali,
Salam Aidil Fitri buat rakan2 blogger gua,
Terkasar bahasa,
Tersentap, terasa,
Ter...itu,
Ter...ini,
dan segala-gala yang gua ter "ter"...
Maafkan lah gua,
Dari hujung rambut sampai hujung ibu jari kaki..
(oh, gua baru potong kuku malam tadi, betapa selesa nya nak meratah rendang ayam raya ni)

Dan gua ketengah kan bakat gua melalui beberapa rangkap pantun pantun ini:

Nyimpan jenang nang jero tin,
Arek digowo mareng suro,
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njalok ngapuro.

Bocah cilik mangan sego,
Sego dipangan karo gulo,
wes suwi orak ngomong jowo,
dino royo njalok ngapuro.

Buko poso lawuh'e gereh,
njegor sunge dicaplok boyo,
keluputanku singakeh-akeh,
kito 0-0 la yo?

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.
DARIPADA: ZAKI HAFIFI HJ. ZAIWAI @ sukesukiaki-

p/s: Buat "insan baru" dalam hidup gua, SYAMIMI FARHANAH ZAINAL,
kanda sayang selalu sama dinda!!!!



Friday, July 17, 2009

Senarai hitam ke?


Gua tak peduli.

Gua nak hebah juga.

Ni...'Shopping List' gua untuk raya tahun ni.




Bakal membuatkan perjalanan lancar sepanjang musim perayaan.



Memberikan cengkaman menyeluruh dan fungsi keselamatan yang optimum.


Menambah seri & kekacakan si empunya badan.





Dan 'last but not least'...


Ahah...tentulah untuk mendengar lagu-lagu hits hari raya sambil menjamu lontong dan kuah lodeh serta di 'extra topping' kan dek sambal kacang.





Ish...berangan lagi. Gua perlukan tidur yang berkualiti agar dapat menghasilkan sesuatu yang juga berkualiti dan dilimpahi rezeki yang berkualiti. Agar gua kelihatan cool sentiasa. Kualiti beb..mesti mau lah!

Haha...


ZZZzzzzzzzZZzzZZzzzzzz........


Saturday, July 11, 2009

Just for me!


Gua tak tau ape pasal gua agak teruja dengar muzik ni.

Lu orang nilai la sendiri.







Dan,

Gua dedikasi kan khas buat 'seseorang'.







p/s: "Hah, skang baru tenang nak tido"




Maaf.


Sebab lama dah gua tak meng'update' menatang blog nie.

Pape pun gua masih sihat, waras, dan berfikiran positif.

Oh ya! Gua semakin tenang dan happy dengan diri gua skang.

Dan, ini juga dikira update bukan?




p/s: "Pe jadah nya hang doq ngarut ni Ki?"





Friday, July 3, 2009

Petang yang sial...



Macam biasa pukul 6.30pm gua start enjin kapchai gua untuk mencari rezeki halal.

Agak2 lagi 1/800 marhalah lagi (memang dah dekat sangat la tu) nak sampai office, BANG!!!!

Gua bangun, angkat kapchai gua yang tersadai atas jalan.

"Brader, lu nak 'besit' pun tengok2 la kiri kanan"

Gua baru nak hayun helmet gua kat mamat tu....ada orang tahan tangan gua.

Gua toleh, hmmm...member office gua.

Gua tempik lagi kaum yang buat gua 'tergedebak' tadi.

"Baik lu gerak sebelum lu tak sempat sampai umah!!!!"

Budak tu sempat mintak maaf kat gua dan terus blah.





Sampai je office. Gua cuba jalan macam orang sihat sambil tahan sakit. P&#$T%$#K!!!!

Tapi tak berjaya. Kepala gua tengah biol mase tu kesan terhentak kat divider jalan.

Nasib baik gua pakai helmet.


Boss: Hah, you kenapa?

Gua: Takda pape lah. Ok je..

MemberOfficeGua: Takda pape pebende? Dia 'bedentum' tadi mase on the way.

Boss: Teruk ke? U balik je la. Amik MC. Rest...

Gua: Tak payah la. Sikit punya hal. Huh...



Gua rasa gua tak perlukan cuti. Tapi sampai sekarang kepala gua masih berdenyut je.



Dan,..



Gua juga sedar, sekarang gua makin kurang fokus.

Serabai kepala otak gua.




p/s: ini ringkasan kisah benar. gua takde mood nak tekan keyboard lame2. mood tak seimbang!






p/s lagi: tak guna nya member. bagi la gua 'one shot' dulu kaum tu.






Saturday, June 27, 2009

Then, its fine...gua redha dengan ketentuan Allah.




Macam biasa, masuk office gua lah manusia paling ceria.

Tapi tidak hari ini,....



Gua: Eh Fa, mane 'dia'. Bukan kerja ke arini?


SiPerempuan: Dia amik emergency leave arini.


Gua: Aik!!! Tibe2 je. Nak tunang ke ape? (dalam nada seloroh sambil gelak sikit2)


SiPerempuan: Erm. Nah kau bace lah. (dia bagi henpon kat gua)


*****


SentItem: Macam mane majlis?


Inbox: Alhamdulillah. Semua dah selesai.


SentItem: Erm...macam mane dengan Zaki? Ko dah bagitau die?


Inbox: Erm...tu yang aku tak tau skang nie.


SentItem: Takpe lah. Nanti ko pandai2 la bagitau die.


Inbox: Thanx la Fa. Nanti bile dah ok, aku bagitau la.


SentItem: Ok. Erm..tak sabar nak tengok cincin 'tanda' ko. Haha...


Inbox: Alah, biase2 je lah..Ok la Fa, aku ade benda lagi nak uruskan. Jumpe kat office nanti eh.


SentItem: Ok2. Ko take care tau. Pape hal text aku.


Inbox: Ok2...nanti aku text ko. Bye....




***********************************


zaaaAAAAAAAAAaaaaasssszzzzzzzzzz!

Hambik ko Ki!!!

Banyak sangat gelak.

Sekali betul2. Bukan cobaan.


***********************************

Dan,

Malam itu...

Gua buat benda semua tak kena.

Gua hadap PC kat meja kerja gua. TAP!!! ...gambar dia.

"Sesungguh nya ajal & maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan"

Gua akur..

Semoga dirimu disinari kebahagian disamping 'insan' tersayang.

Doa yang ikhlas dari orang yang terlalu sayang (pergh gua janggal gile nak tulis word ni) pada mu.



*********************************


Dan,...

Selama ini juga, Tuhan banyak menduga gua.

Insan yang selama ini paling kenal dengan gua,

Masak dengan perangai gua,

Tahu isi hati gua,

Paling ambil berat tentang gua,

Rupa2 nya,

Diciptakan untuk insan lain.


************************************

Bagaimana gua nak hadap hari2 gua kerja kompem2 nye kena ngadap dia?

Dan paling best tengok jari 'hensem' nye yang sedang elok je disarung dengan cincin 'pemisah' gua dengan dia.


************************************


p/s: Hari ni gua luah kan isi hati 'jantan' gua. Damn!!!






Friday, June 26, 2009

Slow





SiBingaiCubaNakBerlagak: Bai, lu dah tengok Transformers? Mantap la siol...bla bla bla....


Gua: Fak-yu!!!!!!


*****


Asal time cuti je ade hal, bile nye gua nak gi tengok.




Monday, June 22, 2009

Tunggu.



Gua: Gua dah letih la bai nak menunggu. Macam takde pape je. Gua tak nak ter'sepok' sorang2...


SiBingaiBerfikiranWaras: Bukankah dalam hidup ni kita sentiasa menunggu?


Gua: Betol gak. Tunggu gaji masuk. Tunggu waktu makan. Tunggu mati.


SiBingaiBerfikiranWaras: Bijak. Lu buat keputusan lah nak tunggu lagi or nak let it off!


Gua: Gua akan teruskan. Gua takkan menyesal & gua tak penah menyesal dengan keputusan gua.


SiBingaiBerfikiranWaras: Even jadi benda buruk pn?


Gua: Kalau gua nak menyesal tak guna gua buat keputusan tu dari awal.


SiBingaiBerfikiranWaras: Gua impress dengan lu!!!


Gua: Agak2 kalau penantian gua tak berhasil lu kasi tak gua amik 'bini' lu sebagai 'bini' angkat gua? Maksud gua setelah lu di'talkin'kan lah. Itu juga menunggu bukan?



***


Dan hasil nya,....gua hanya diacungkan jari tengah oleh SiBingaiBerfikiranWaras.



Gua akur.


Huh!





Sunday, June 21, 2009

Hoi!!!



Selamat Hari Ahad!!!



Kepada daddy gua:


"Bah, sorry tak dapat temankan pegi dinner malam nie, anakanda mu ini diarahkan untuk satu tugasan yang sangat lah berat"






Selamat Hari Bapak!!!

At least...


Gua bukan anak derhaka.



Tuesday, June 16, 2009

Tipah Aku Gigit [T.A.G]



1. How old are you?
-biarlah rahsia

2. Are you single.
- yeah! gua hepi buat masa ni

3. At what age do you thing you'll get married?
- Esok!

4. Do you think you'll get marrying the person you are with now?
- ramai seyh...mane 1 nie?

5. If not, who do you want to marry?
- Megan Fox. Ok tak?

6. Who will be your bridesmaid or your best man?
- Mak bapak gua. Amacam?

7. Do you want garden/beach or traditional wedding?
- dekat White House...

8. Where do you want to go for honeymoon?
- Jalan TAR..same tak macam gi Bandung?

9. How may guess do you think you'll invite?
-selagi jalan2 kat KL nie tak jem...

10. Will that include your exes?
-yes please!!! sume kali eh...

11. How many layers of cake?
-kek lapis sarawak ade bape lapis ek..?

12. Name the song/tune you would like to play during you wedding.
- klau bley gua nak dengar orang khatam quran mase tu..

13. When do you want to get married? Morning or evening?
- sebelum sahur hari terakhir puase ramadhan.

14. Do you prefer fine dining or just normal fork/spoon/knife?
- pakai tangan sudah..

15. Champagne or wine?
- sirap air paip..macam tak biase plak..

16. Honeymoon right after wedding or a day after?
- 2-3 tahun lepas tu..

17. Money or household?
- duit..kang pandai la aku nak beli ape dengan duit tu..

18. How many kids you would like to have?
- 2 team futsal + 1 team rugby + 1 team bola jaring + 1 team galah panjang = ???

19. Will you record you honeymoon in DVD or CD?
- live kat Astro Ceria.

20. I want to know their wedding plans:
-dah2..tak perlu gua nak tau..lantak lu orang lah..






Saturday, June 13, 2009

Sesekali ber 'YM'




Gua: Amacam result? Kandas?


SiBoroi: Gua kantat lah siol....


Gua: Duh..kena extend ke? Sorry la mok...


SiBoroi: Takpe la Ki. Dah takde rezeki.


Gua: Bukan sebab tu..gua percaya rezeki lu sentiasa ada. Cuma gua tak sangka plak doa gua 'termakbul' kali ni.


SiBoroi: Brengset lu!!!!!







Thursday, June 11, 2009

Ringkas

*grrRRRrrrGrrrRRRrrgggRRRggg* (Henpon gua vibrate)


From OM (Operation Manager),


Dear Zaki,


Tommorow, 11th June 2009, you are about to report at GM office at 8.00 a.m. There's a lot of thing to discuss for a good sake of our company. So, see you tommorow. TQ~



-Ray Tan (Operation Manager)






Pergh...tak payah pakai surat dah.

SMS je...?

Pukol 8 pagi plak tu.

Tak pasal2 kena bangun pagi2 buta.

Apsal plak Si Jepun(GM gua la) nak jumpe gua?

Mende nak diskas nye...?

'For the good sake of our company'........annoying.


Pfffffftttt...




Monday, June 8, 2009

Double pay.


Jumaat, 5/o6/2009.




Boss: Ki, esok you kerja ka...?


Gua: Aiya boss...I sudah request leave la. Tommorow I'm off to JB.


Boss: You tak mau OT ka? Esok double pay la.


Gua: Pasal apa?


Boss: Hamsap lu. Esok 'birthday' agong la.


Gua: Takpe la. I ada urusan family la.


Boss: Erm...ok2.


Gua: Err..nanti birthday I, I mau claim double pay juga. Boley ka..?


Boss: F*** you!!!





Saturday, June 6, 2009

MC




BossGua: Where did u went yesterday? 


SiKakiAuta: Saya amik MC la boss. Atuk saya sakit tenat.


BossGua: Aik...! Atuk you sakit apsal you plak yang amik MC?


SiKakiAuta: (dengan selamba beliau betah balik) Yela boss. Saya ada sorang je atuk. Kalau ada 2 orang saya tak kisah sangat.


BossGua:.......(terdiam)









Wednesday, June 3, 2009

Naif.



Herself: Erm..I'm just want to ask. But you jangan marah ek?

Gua: Nope. I will mad!!!

Herself: Erm..its ok. Takpe lah.

Gua: Heh..nooo lah. Tanye pun belom lagi dah cakap cenggitu. Tanye je dulu. Baru tau I marah ke tak.

Herself: Hmmm...Sape name ex-gepren you ek?

Gua: Name panjang ke name pendek?

Herself: Name penuh la...

Gua: Jap ek..(sambil tengok phonebook kat henpon gua & terus mendail...)


*tut tut tut*


Gua: (bercakap dalam fon) Hello you!!!! 

Ex-Gepren: Yes!!! Miss me?

Gua: Its not about that.

Ex-Gepren: Then...?

Gua: Nak tanye...name penuh you ape ek..? I lupe plak...hehe...



********


Herself: Hah..call sape tu?

Gua: Ex I lah. Kan you tanye name penuh dia...?So, I call dia tadi tanya pasal tu la.

Herself: .......duuhhhh...*






Gua memang fauled sikit bab2 cintun nie. Sebab gua lebih komited dengan benda lain. Sampai name pun gua boleh lupa....err..





Monday, June 1, 2009

Kutu.




SiBingai: Bai, selain kutu babi, 'species' kutu apa lagi ada?

Gua: (sambil menyunyah 'rawa tosei')Erm...lu kot!

SiBingai: Lu nampak steering lock nie?

Gua: Heh..nampak. Hehe..

SiBingai: Gua tengah series ni. Cuba lu jawab betul2.

Gua: Erk..gua dah habis jujur la ni. Bukankah tiada rahsia antara kita?

SiBingai: Lu nak mampos?

Gua: Eh..rilek2. Kurang2 tunggu la gua dapat zuriat dulu.

SiBingai: Eh..! Lu nak kawin dah ke?

Gua: Mestilah.

SiBingai: Bila?

Gua: Lepas gua baca talkin untuk lu.

SiBingai: Brengset!!!!

Gua: Haha..Weh, ade kutu babi kat dahi lu. Stand still!!!

SiBingai: Mana lu tau kutu babi?

Gua: Sebab dia dok kat atas dahi lu.

SiBingai: Ni pertemuan kita yang terakhir!!!!

Gua: Ape kes? lu nak meninggal dah ke?

SiBingai: Malas dah gua nak sembang ngan lu.

Gua: Sentap?

SiBingai: Pergi jahanam!!!





So, ada sesiapa yang hatinya seteguh SiBingai untuk jadi musuh karib gua?






Sunday, May 31, 2009

Setelah sepurnama....


Ultraman Taro muncul kembali

Eh, gua muncul kembali

Tapi rilek2 dulu.

Gua masih komited yang melampau dengan kerjaya gua.

Gua akan update blog nie.

Bila?

Jangan tanya.

Gua hanya merancang...

Tuhan yang tentukan.





Saturday, May 23, 2009

Senyap!



Jangan banyak tanya.

Gua malas nak ramal spekulasi2 halusinasi tika dan saat ini.

Biar takdir penentu segala..

'Dia'...?

Biar gua yang uruskan.

Gua senang dan selesa dengan hidup sekarang.


Kini.

Belum ada perancangan.

Masih guna perkhidmatan tanpa bayar 1 sen pun.

Untuk berhubung dengan lu orang.

Gua tak lupa lu orang.

Yang selalu skodeng2.

Teratak indah gua.


Nes miralda.

Ciau....~


Friday, May 15, 2009

Bengang!





Jangan tanya kenapa gua dah lama tak update entry.


Sila tanya kenapa Celcom Broadband macam gampang lagak nya.


Angin takda ribut takda tau-tau gua tak boleh online!!!!


Dengan ini temaktub sudah saman bernilai RMxxxxxxxx.xx terhadap Celcom.


Dan gua mungkin akan bertambah kesibukan sebab nak saman-menyaman nie.


Terima kasih KL Wireless.


Membuat gua dapat terus berhubung dengan kalian!!!


Trimas!!!!


Jangan lupa teruskan niat baik anda untuk meng-skodeng ke blog tanpa sempadan..


Hanya di ....    "sukesukiaki"







Babi.


Eh, babai!!!







Tuesday, May 12, 2009

Crazy 'Swine'?





Yes!


Crazy 'swine'.


Atau dalam bahasa yang lebih jelek...


Gila Babi!



Contoh ayat: "Swine lu SiPolan Bin SiPolan!"



Kan lebih mulia.



Bukan kah begitu?







Monday, May 11, 2009

Catatan terkunang-kunang.



*Sekitar 11 tahun lampau*



Gua tatap 'FAIL PERIBADI PELAJAR'.


Gua bukak fail tu.


Isinya,


.......


damn!


Bukan gua punya detail sahaja ada.


Gua belek.





*Nur (tak nak bagitau nama) Bte. (tak perlu tau nama bapak dia) Bin Monek*<-----[ini yang nak di highlight kan]


Gua: Bai, ni nama datuk dia ke?


SiBingai: Hah!!!! MONEK???!!!


Gua: Ha'ah. Betul ke ni?


SiBingai: Ni nama orang ke nama pokok? Baik bagi nama renek je.


*Gua & SiBingai gelak berdekah*






PANGGGG!!!!!! 






Pipi gua panas semacam.


Sekali 'tuan punya badan' kat belakang gua je.


Sialan punye SiBingai!!!!


Dengan gua-gua sekali tempeleng.





Tapi,


Celah mana pulak detail si cucu Monek tu boleh ade dalam fail gua?









Ulasan selepas sessi high tea dengan sibingai,

Bijak!





Oh yes!


Damn!


Gua lupa (sekali lagi) apa nak disumbat dalam entry kali ni.



Bingai, kan?






Saturday, May 9, 2009

Kering Idea.





Gua dah tak tahu nak tulis ape.


Betul2 jamn!


Boleh tak siapa2 tolong.


Belikan gua cekodok kat Starbucks!


Untuk gua.


Agar gua,











Cool senantiasa.







Oh yeah!



Tak lupa juga.


Medium pencetus idea gua,
Yes! 20 batang please.....




Agar gua kelihatan ceria & bertenaga.










Friday, May 8, 2009

Bila Starbucks Kehabisan Cekodok...





Herself: Hye!!!


Gua: Hey bila masuk? I tak nampak pun you tadi...?


Herself: Heh? I dah nak balik da pun.


Gua: Hah? Yeke? OT ke arini?


Herself: A'ah. You dah makan?


Gua: Erm....belom. Nak gi makan sekali ke?


Herself: Well,...boleh jugak! But, nak makan kat mane ni?


Gua: Whenever you wish!


Herself: Kat mane2 je lah.


Gua: Ok. You tunggu I kat bawah dulu. I'm after you.


Herself: OK!












Tuesday, May 5, 2009

Biar betik?




Herself(tak payah lah gua nak bagitau nama kot): Zaki, you balik pukul berapa hari ni?


Gua: Erk..(minah nie tegur aku? unbelievable..) hari ni I buat OT..sampai pukul sebelas. Why?


Herself: Emmm...nothing. I'm just asking.


Gua: Owh ok. Yourself?


Herself: I OT 2 jam je. Sampai pukul 9.


Gua: Emm. Ok la tu.


Herself: You dah makan?


Gua: Why? You nak belanja ke? I dah makan kat rumah tadi. 


Herself: Bagus la. Jimat cermat.


Gua: Yeah. I masuk workstation dulu.


Herself: Ok. See you later.


Gua: For what?(gua pura-pura blur)


Herself: Erm takde pape la.(muke tiba2 berubah bila dapat soalan cepumas) Bila2 nanti jumpa la kite chat lagi eh.


Gua: Owh ok.





Gua berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.


Tapi,


Pasal apa dia tiba-tiba tegur gua?


Macam tau2 je...errr...


Ahh...dah la.


Buat apa nak bagitau lu orang lebih2.










Gua masih kering idea,

Starbucks pun ade jual cekodok lah!!!








"If you want to look the greater in me, there is something I want to tell you. Keep your dream on. You couldn't even find one, because I don't even believe in PERFECTION!" - myself







Saturday, May 2, 2009

1st May..Kalau dah nama nye Hari Pekerja...



Sah-sah lah gua kena bekerja.


Menambah pendapatan.


Untuk hidup bahagia.


Gua kan pekerja cemerlang,


Gemilang,


Dan walaupun dibilang,


Gua tetap seorang.






Gua bukan BOSS.


Gua hanya kuli,


Yang makan gaji,


Tapi gua,












Sentiasa rilekscool.












Thursday, April 30, 2009

Kalaulah gua boleh pregnant...



Kan best...


boleh dapat cuti bersalin....


3 bulan plak...


Tapi,...


apakan daya..


Gua dilahirkan sebagai lelaki...












yang cool...


Kan?







Tuesday, April 28, 2009

Anak Ikan.



Gadis manis tersenyum manis.

Dikala menanti ketibaan gua ke kantor baru.





(dalam hati berkata "boleh tahan anak ikan kat sini")





Namun,

Gua tetap cool.





Sunday, April 26, 2009

Gundah gundala...






"Seberat hati nak hantar 'resign notice', berat lagi punggung gua ketika perut memulas!"








Saturday, April 25, 2009

Akhirnya di terima..



Lokasi: Kantor gue
Masa: Masih dalam waktu bekerja

*Trut trut trut*

Macam biase lah bunyi buah hati pengarang jantung gua.




Ah Moi: Hello, may I speak to Mr. Zaki?

Gua: Speaking.

Ah Moi: Do you still recognize my voice?

Gua: Yeah. Proceed.

Ah Moi: I've got a good news for you. You are about to come for a training instead of starting your services at our company by tommorow at 9.30 a.m. Are you still interested?

Gua: Why not? I should grab any opportunities.

Ah Moi: Alright. So, i'll see you tommorow ok.

Gua: Ok. Thanks again!







Huh!

Dapat dah?

Betul2 'nearly in the future'.







Friday, April 24, 2009

Thanx ar Ah Moi!!!





*Trut trut trut*

Macam biase Nokia 3310i 4G gua berdering.









Ah Moi: Good morning! May i speak to Mr. Zaki bla bla bla blla...(gua tengah mamai)

Gua: Speaking.

Ah Moi: I'm calling from ___________.

Gua: Yes, go ahead.

Ah Moi: I just want to inform you the result from your previous interview at our company a few days ago.

Gua: Ok, then how was it. (sedikit girang)

Ah Moi: Ok, but unfortunately your application for the post of _______ been rejected. I feel so sorry but we will keep your particular as we need your services nearly in the future, if and only if you are still interested.

Gua: (dah mula sebak) Well, its ok! Thanks do inform me earlier. 

Ah Moi: Are you sure you will be ok with it? (eh amoi nie nak try gua plak)

Gua: Pretty sure! Thanks again for calling.

Ah Moi: Not a big deal. Bye!

Gua: Bye! Muah! Muah! Muah! (hambek ko)






Temenung punye temenung.

Baru gua ingat!

Gua pakai bahase 'sanskrit' masa interview dulu.

Mau nye tak kena reject.



Baru gua sedar!

Gua bukan anak mat saleh.

Tapi hanya seorang Jawa kacukan Korea Utara. Huha~




Credit sama itu amoi kasi gegar gua pagi2 bute sebab nak bagitau permohonan gua kena reject.


HAMSAP!!!!








Tuesday, April 21, 2009

Aduh!!! Baru 21 haribulan...



Gua: Ehem ehem...!!! Boss...

Boss: (dengan kerek nye) Hah! Pahal?

Gua: (ek eleh orang tua ni) Errr.....advance Boss. 'Rebas' la...

Boss: Brape juta nak?

Gua: 1 mate je..masyuk sket..saye payung karaoke. Kira tolak utang la. Amacam?

Boss: (dengan rilek nye) Nah! Ko jangan joli katak plak.

Gua: Nak joli pe jadah nye nye semate je? 5 mate care gak.

Boss: Banyak kacak muke ko. Jadi menantu aku takpe gak.

Gua: (senyum kambing) Aik! Berkenan ke? Simpan dulu bley? Lagi 10 tahun saye claim.

Boss: (mengacukan jari tengah nya) Ni nampak???!!!

Gua: Alah..kidding je..Tapi kalau betul saye bleh tunggu.

Boss: Dah dah!!! Berambus ko gi buat keje!

Gua: Ok2..tenkiu daddy!!!( dengan lincah gua cabut dari opis beliau)




*BANGGGG*




Fuhhh...Yellow Pages tu kalau kena mau belobang kepala gua.

Nasib baik gua sempat elak.







Ensaiklopedia gua:

1)Rebas : dalam wallet gua tinggal i/c, lesen memandu, & resit parking je..

2)Mate : matawang gua cipta sendiri bersamaan dengan RM [ratusan]








p/s: anak die baru form 1. Lagi 10 tahun kompem 'malatop' nye.Huha!








Gua mesti berjimat. Untung2 jagi menantu boss,